- TENGKOLOK DIRAJA
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek)
- MUSKAT
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.
- PENDING DIRAJA
- GANDIK DI RAJA
Gandik
Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas
putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di
tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan
bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga.
- KERIS PENDEK DI RAJA
- KALUNG DIRAJA
Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian.
- COGAN ALAM
Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.
- COGAN AGAMA
Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
- COKMAR
- KERIS PANJANG DI RAJA
- PEDANG,KERIS PANJANG DAN SUNDANG
- PAYUNG UBUR-UBUR KUNING
Payung
Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja.
Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada
kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang
mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di
kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.
- TOMBAK BERAMBU
SUMBER RUJUKAN:http://cucutgmunawir.blogspot.my/2012/04/alat-kebesaran-diraja-untuk-pertabalan.html
Info dan gambar menarik. Boleh dapatkan kebenaran untuk download gambar2 diatas bagi Projek Sejarah anak? Terima kasih.
BalasPadam👍👍👍
BalasPadamINFO DAN GAMBAR MENARIK...BOLEH SYA SEDUT UNTUK PDPC TINGKATAN 4, TERIMA KASIH
BalasPadamterima kasih atas nota yang disediakan. Saya guna untuk sejarah tahun 5
BalasPadam