Rabu, 27 Julai 2016

JATA NEGARA KITA

JATA NEGARA MERUPAKAN IDENTITI NEGARA MALAYSIA YANG TELAH DIPERKENANKAN OLEH RAJA-RAJA MELAYU.LAMBANG-LAMBANG PADA JATA NEGARA MERUPAKAN PERLEMBAGAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA.JATA NEGARA MENJADI KEMEGAHAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
     SEBAGAI WARGANEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB,KITA PERLU MEMEHAMI DAN MENGHAYATI MAKNA LAMBANG-LAMBANG PADA JATA NEGARA.KITA JUGA MESTILAH MENGHORMATI JATA NEGARA SEBAGAI LAMBANG PERMUAFAKATAN.



GAMBAR JATA NEGARA DAN MAKSUDNYA 


Related image

  • Bintang dan bulan sabit mewakili Islam sebagai Agama Persekutuan 
  • Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan dalam Malaysia.
  • Warna kuning pada awan-awan ialah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • Terdapat cogan kata,"Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dalam tulisan rumi dan jawi.
  • Lima bilah keris mewakili negeri Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor.
  • Terdapat empat warna mewakili bendera negeri-negeri Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.
  • Harimau sebagai lambang keberanian.
  • Pokok Pinang mewakili Negeri Pulau Pinang.
  • Pokok Melaka mewakili Negeri Melaka.
  • Dua jata di bahagian bawah perisai menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Negeri Sarawak di sebelah kanan.
  • Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan terletak di bucu perisai.

SUMBER RUJUKAN:BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5
 

Rabu, 13 Julai 2016

TOKOH TOKOH TEMPATAN

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.....

SAYA AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN BLOG INI.........
DI DALAM BLOG INI SAYA AKAN MENERANGKAN TENTANG TOKOH TOKOH TEMPATAN YANG TELAH BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN RAKYAT YANG TELAH DITINDAS OLEH KERAJAAN BRITISH.




BIODATA TOKOH TOKOH TEMPATAN


BIODATA DATO' MAHARAJA LELA




Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.

Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.

Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.








BIODATA TOK JANGGUT 



– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga







 BIODATA RENTAP

 

Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak
- dilahirkan tahun 1800
- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’
- Rentap juga digelar ‘Raja Darat’
- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas
 








BIODATA MAT SALLEH 


- nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu
- dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut
- berketurunan Bajau dan Suluk
- mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang
- kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah






BIODATA DATO' BAHAMAN 

nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
- dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
- dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara
- Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang
 




BIODATA ANTANOM

 - nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
- ketua kaum Murut di Rundum
- dilahirkan tahun 1875
- ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya







 
 BIODATA HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG


  • Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir
  • Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah 1347 H/1929M.
  • Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu
  • Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah.
  • Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya
  • .Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga
  • Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.


                                                              BIODATA DOL SAID



  • nama sebenar dato' naning abdul said bin omar
  • nama gelaran dol said
  • tinggal di daerah naning
  • jawatan penghulu naning ke-9
  • lahir pada tahun 1773




                                                           BIODATA YAMTUAN ANTAH

    -nama sebenarnya ialah Tunku Laksamana Amtah Ibni Almarhum Radin
    -menjadi Yamtuanseri Menanti sejak tahun 1875
    -Wilayah Seri Menanti terdiri daripada Terachi,Ulu Muar,Gunung Pasir dan Jempol.






                                            BIODATA SHARIF MASAHOR           
                                                                   
    -nama sebenar beliau ialah sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab.
    -Pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang.
    -Dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein di Brunei.
    -Sangat berpengaruh dalam kalangan orang Melanau dan Iban di Sungai Skrang.




                  VIDEO PERJUANGAN TOKOH TOKOH TEMPATAN







    SUMBER RUJUKAN:http://cikgurazak.blogspot.my/2010/04/nota-sej-ting-2-mat-saleh-d-bahaman.html