Rabu, 27 Julai 2016

JATA NEGARA KITA

JATA NEGARA MERUPAKAN IDENTITI NEGARA MALAYSIA YANG TELAH DIPERKENANKAN OLEH RAJA-RAJA MELAYU.LAMBANG-LAMBANG PADA JATA NEGARA MERUPAKAN PERLEMBAGAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA.JATA NEGARA MENJADI KEMEGAHAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
     SEBAGAI WARGANEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB,KITA PERLU MEMEHAMI DAN MENGHAYATI MAKNA LAMBANG-LAMBANG PADA JATA NEGARA.KITA JUGA MESTILAH MENGHORMATI JATA NEGARA SEBAGAI LAMBANG PERMUAFAKATAN.



GAMBAR JATA NEGARA DAN MAKSUDNYA 


Related image

  • Bintang dan bulan sabit mewakili Islam sebagai Agama Persekutuan 
  • Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan dalam Malaysia.
  • Warna kuning pada awan-awan ialah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • Terdapat cogan kata,"Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dalam tulisan rumi dan jawi.
  • Lima bilah keris mewakili negeri Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor.
  • Terdapat empat warna mewakili bendera negeri-negeri Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.
  • Harimau sebagai lambang keberanian.
  • Pokok Pinang mewakili Negeri Pulau Pinang.
  • Pokok Melaka mewakili Negeri Melaka.
  • Dua jata di bahagian bawah perisai menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Negeri Sarawak di sebelah kanan.
  • Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan terletak di bucu perisai.

SUMBER RUJUKAN:BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan