Isnin, 29 Ogos 2016

ALAT-ALAT KEBESARAN DI RAJA

  • TENGKOLOK DIRAJA

Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek)


  • MUSKAT
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.

     
  


Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga.
  • KERIS PENDEK DI RAJA
 



  • KALUNG DIRAJA



 

Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian.














  • COGAN ALAM

 Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.
  • COGAN AGAMA

Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
  •  COKMAR
  Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.
  • KERIS PANJANG DI RAJA
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
  • PEDANG,KERIS PANJANG DAN SUNDANG
Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya. 
  • PAYUNG UBUR-UBUR KUNING

Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.
  • TOMBAK BERAMBU
Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia



SUMBER RUJUKAN:http://cucutgmunawir.blogspot.my/2012/04/alat-kebesaran-diraja-untuk-pertabalan.html