Sabtu, 8 Oktober 2016

NEGARAKU

LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup 
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita 
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia 
Tuhan kurniakan 
Raja kiat
Selamat bertakhta

MAKSUD SENI KATA LAGU NEGARAKU:

  • Memohon rahmat dan perlindungan daripada Tuhan untuk Raja supaya selamat memerintah negara.
  •  Menyeru rakyat dari pelbagai kaum dan agama supaya bersatu padu dan berkorban untuk negara.
  • Berdoa kepada tuhan untuk keselamatan negara.

ETIKA KETIKA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU:

  • Berdiri tegak.
  • Kedua-dua belah tangan diletakkanke sisi dan diluruskan ke bawah.
  • Kedua-dua belah kaki dirapatkan.
  • Nyanyikan lagu Negaraku:
  1. secara serentak
  2. secara jelas
  3. menyebut seni kata lagu dengan betul
  4. bersemangat
  5. menghayati seni kata lagu
  6. tidak bermain-main semasa menyanyi
  • Bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda,kepala mesti tegak,mata memandang bendera,kedua-dua tangan di atas paha dan kaki dirapatkan.
  • Bagi yang datang lewat semasa perhimpunan mingguan sekolah,mereka hendaklah meletakkan beg di sisi kaki dan berdiri tegak.

LAGU KEBANGSAAN MEMBENTUK JATI DIRI:

  1. Taat dan setia kepada Raja.
  2. Meningkatkan semangat patriotik.
  3. Sentiasa berusaha untuk memajukan siri sendiri.
  4. Memupuk perpaduan dan keharmonian.

HORMATI LAGU KEBANGSAAN

Lagu kebangsaan merupakan simbol kebanggaan dan kedaulatan negara.Kesetiaan dan perpaduan boleh dipupuk dengan menghayati lagu kebangsan walau di mana jua.Oleh itu,kita mesti mnghormati lagu kebangsaan pada setiap masa.

  1. Lagu kebangsaan diperdengarkan semasa sambutan Hari Kemerdekaan
  2.  Lagu kebangsaan diperdengarkan dalam upacara rasmi di peringkat antarabangsa. 


SUMBER RUJUKAN:BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5


Tiada ulasan:

Catat Ulasan